MLM 2014: Jalor Akui Salahkan Diri Sendiri Bukan Ogy Ahmad Daud
Kumpulan Jalor pada minggu lalu di Maharaja Lawak Mega 2014 telah berada di bottom 3.
Ramai peminat merasakan Ogy Ahmad Daud antara penyebab persembahan mereka kelihatan hambar dan tidak mencuit hati.
Namun Rahim selaku ahli kumpulan Jalor menafikan Ogy bukan penyebab utamanya tetapi persediaan mereka agak kelam kabut dan kurang kemas.
“Ianya berpunca kepada jalan cerita yang lemah, kemungkinan mesej yang kami ingin sampaikan itu hanya difahami oleh kami sahaja dan bukannnya penonton.”
“Lagi satu kesilapan kami ialah tidak memberi ‘brief’ yang secukupnya kepada kak Ogy yang menyebabkan susunan cerita itu cacamarba dan tidak memberi impak yang memuaskan,” kata Rahim kepada Astro Gempak.
Menurutnya lagi, kritikan yang dibuat oleh juri Dato Jalaluddin Hasaan sedikit sebanyak menyedarkan kami betapa pentingnya persediaan dan pemilihan cerita sebelum membuat persembahan.
“Tujuan kami memilih kak ogy adalah amat tepat untuk menghangatkan lagi jenaka Jalor namun perancangan yang kurang teratur boleh menyebabkan kami hilang fokus dan arah,” ujarnya lagi.
Jalor akan terus perjuangan ke peringkat seterusnya di MLM 2014 dan menjanjikan mutu persembahan yang lebih bersemangat dan menghiburkan untuk para penonton. ~ Murai

0 ulasan:
Catat Ulasan