Chef Riz aktif di gim, nak jadi 'Papa Sado' 

Umum mengetahui pasangan pengantin baru Chef Riz dan Shikin Maembong bakal menimang cahaya mata sulung mereka sekitar Ogos depan.

Keterujaan menimang cahaya mata telah menyebabkan Chef Riz kembali aktif di gim untuk mengembalikan semula bentuk tubuhnya yang kekar seperti sebelum ini.

Menerusi foto yang di muat naik di akaun Instagramnya, jelas kelihatan tubuh anak bujang kepada chef terkenal ini semakin susut dan berotot.

Menurut Chef Riz dia akan kembali menjadi sado kerana tidak mahu menjadi papa buncit.

Perkongsian tersebut juga telah dihujani ucapan tahniah dari para pengikutnya.

Nampaknya usaha Chef Riz itu tidak sia-sia kerana ketika majlis pernikahannya dengan Shikin pada tahun lalu, dia kelihatan berisi dan agak tembam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top