Kontroversi Ifa Raziah - Isteri Hisyam Hamid beri semangat

Kontroversi yang melanda Ifa Raziah susulan aksi 'berani mati' Ifa berpelukan dan menari dalam keadaan mesra ketika pertandingan akhir Gegar Vaganza baru-baru ini turut memberi tempias kepada Hisyam Hamid yang diundang sebagai 'kejutan' malam itu.

Biarpun hanya membuat latihan minit akhir sebelum pentas akhir berlangsung, Ifa sendiri memuji persembahan Hisyam.

Menjawab persoalan itu, Hisyam memberitahu beliau hanya diarahkan untuk datang pada hari konsert akhir berlangsung.

"Komitmen saya hanya pada hari konsert saja kerana sepatutnya saya jadi elemen kejutan untuk persembahannya dan konsert itu. Hanya Ifa dan pihak Astro saja tahu mengenai kejutan ini. Cuma saya tak sangka persembahan beliau menampilkan saya akan menjadi sensasi. Tapi saya melihat apa yang terjadi ini daripada sudut positif. Ia pengajaran dan selepas ini saya kena berhati-hati.


"Cuma apa yang saya perhatikan komen di laman sosial, ramai yang memahami apa yang dilakukan saya sekadar lakonan," kata pelakon Cinta Ibadah itu.

Bagaimana reaksi isteri Hisyam?

"Sebenarnya isteri saya banyak memberi kata semangat. Dia kata dekat saya jangan terlalu memikirkannya kerana saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon," katanya.

Ada berkomunikasi dengan Ifa selepas apa yang terjadi ini?

"Tak ada," katanya yang ketika dihubungi sedang berada di Singapura kerana ada temubual di sana.

Esok Hisyam sudah kembali ke ibu kota untuk meneruskan penggambaran drama Memori Cinta Suraya sebanyak 148 episod bergandingan dengan Anzalna. Drama itu terbitan Global Station.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top