Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha di Konsert Gegar Vaganza secara langsung

Pelakon Hairul Azreen  membuat kejutan pada program Gegar Vaganza, malam Ahad apabila melamar kekasihnya Hanis Zalikha, 25, untuk dijadikan sebagai isteri.

Program itu diadakan di Dewan Sri Putra Bukit Jalil di sini dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

Hairul, 27, muncul di pentas Gegar Vaganza menyertai barisan penari lain membuat persembahan bersama kumpulan Kristal menerusi lagu Marry Me, nyanyian asal Bruno Mars.

Pada persembahan itu, Hairul telah membuat aksi breakdance sebelum pengacara program itu iaitu Nabil Ahmad dan Jehan Muse menjemput Hanis naik ke pentas.


"Saya mahu awak jadi teman baik saya. Saya mahu awak jadi rakan kongsi perniagaan saya dan saya mahu awak jadi isteri saya yang sah.

"Sebelum datang ke sini (program Gegar Vaganza), saya telah berjumpa dengan mak ayah awak untuk memdapat restu mereka.

"Ini bukan cincin tunang, ini bukan cincin nikah. Ini adalah cincin tanda awak setuju dengan lamaran ini. Sudikan awak menjadi isteri saya?" lamar aktor itu.

Hanis ketika itu tidak menjawab soalan Hairul sebaliknya terkedu dengan  lamaran tersebut.

Selepas ditanya sekali lagi, Hanis mengangguk malu dan menjawab tanda setuju menerima lamaran Hairul untuk menjadi suri aktor itu.

"Ya, saya terima lamaran ini, InsyaAllah," ujarnya.

Kejutan itu membuatkan penonton di dewan bersorak menandakan keterujaan mereka terhadap pasangan itu. ~ mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top