SELEPAS puas beraya bersama sanak saudara di kampung halaman, kini tidak giliran untuk Cik Normah menjengah kediaman kenalan di sekitar ibu negara. Banyak pula undangan rumah terbuka. Sambil berjumpa teman, dapatlah juga menjamu selera. Iyalah, kalau boleh semua cerita mahu Cik Normah kongsi dengan kawan rapat apatah lagi bila mengimbas nostalgia zaman dara dulu.

Bila sudah rancak berborak, tanpa sedar terkeluar juga kisah artis. Al-maklumlah, kawan Cik Normah semuanya mengalahkan penyiasat persendirian.

Seorang teman Cik Normah nampaknya seronok sungguh sewaktu dia memberitahu kami Lisa Surihani bakal mengendalikan program realiti Mari Menari. Program ini ialah rancangan realiti tarian terbaru ala-ala Sehati Berdansa, tetapi bukan membabitkan wajah popular kerana pesertanya cuma orang biasa.

Katanya, kalau tak silap program terbitan Astro itu bakal menemui penonton Oktober ini. Bukan apa, kata kawan Cik Normah selama ini memang dia tertunggu-tunggu kemunculan pelakon Jangan Pandang Belakang Congkak 2 itu mengacarakan program realiti kerana benar-benar menyukai bakat pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang itu.

Cik Normah pun tertunggu-tunggu kelibat Lisa di kaca TV sebagai pengacara sebab selama ini hanya tengok gadis berdarah Melayu Bugis itu berlakon. Mana tahu dalam Mari Menari, Lisa juga bakal menunjukkan skil tariannya.

Dikhabarkan juga, teman gandingannya pula ialah Awal Ashaari yang juga teman istimewa Scha Alyahya. Kalau sungguh bagai dikata, kita tengok nanti keserasian antara mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top