Muzikal ChiChi & ChaCha

Peminat ChiChi & ChaCha berpeluang menyanyi, menari dan bermesra bersama karakter itu di persembahan muzikal yang akan berlangsung di Bukit Merah Laketown Resort, Perak pada 31 Disember ini.

Malah, karakter Atan dan Hujan juga turut serta dalam muzikal yang julung kali diadakan di resort itu.

Muzikal itu menggabungkan elemen retro, klasik dan juga moden ke tahap yang lebih ekstravaganza.

Persembahan selama 90 minit itu termasuk sesi ramah mesra peminat dengan karakter program ChiChi & ChaCha.

Ditayangkan di saluran Astro Ceria, ChiChi & ChaCha yang mempunyai lebih 100,000 peminat di seluruh negara memberi impak kepada generasi muda dengan kaedah pendidikan yang penuh keseronokan sambil berhibur.

Muzikal ChiChi dan ChaCha juga bertambah meriah dengan kehadiran empat pengacara iaitu Harris, Sweet, Afeiq dan Leen.

Persembahan ChiChi & ChaCha yang dibawakan oleh BigFish Media yang bergabung dengan Bukit Merah Laketown Resort akan menghasilkan hiburan sepanjang hari.

Berlatarkan panorama indah dengan ombak buatan, Bukit Merah Laketown Resort menjanjikan perjalanan penuh adrenalin dengan detik dan saat gembira untuk seisi keluarga.

Harga tiket bermula RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.

Maklumat lanjut mengenai muzikal ini boleh layari www.chichidanchacha.com.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top