Izzue Islam taknak bersentuhan pelakon wanita

Pelakon Izzue Islam masih berpegang pada prinsip cuba tidak akan bersentuhan dengan pelakon wanita di set penggambaran terutama babak romantik.

Bagi dirinya, banyak cara lain untuk melihat sesuatu plot itu kelihatan mesra dan romantik selain daripada bersentuhan atau berpeluk.

“Walaupun bunyinya macam janggal tapi bagi saya ada sebabnya, jangan salah faham sebab setiap pelakon ada cara masing-masing untuk mengekalkan karektor.

“Sebagai memegang status sebagai seorang suami, menjaga aib pelakon wanita yang bujang adalah tanggungjawab saya, jadi tak perlu diperbesarkan isu ini,” kata Izzue ditemui portal Murai.com.my dimajlis sidang media Oh My English: Villa Isabellaaa!? di ibu negara.

Menurutnya, prinsip yang dia pegang ini hasil perbincangan dengan pengurusnya iaitu Awin dan majoriti produksi yang memberi tawaran berlakon tidak merasakan ia adalah masalah besar.

“Krew produksi pun okay, tidaklah merasakan kalau tiada adegan berpeluk itu memberikan masalah kepada mereka untuk ‘shoot’.

“Mereka semua ‘happy’ dan banyak perkara lain yang perlu ditekankan semasa sesi penggambaran terutama dari segi kamera, skrip dan tumpuan kepada watak yang ingin dilakonkan,’ ujar Izzue.

Mengenai Telefilem Oh My English: Villa Isabellaaa Izzue masih memegang watak sebagai Aiman dan kali ini terdapat elemen seram dan komedi.

Barisan pelakon yang membintangi ialah Emelda Rosemila, Sherry Al Hadad, Nadiya Nissa, Akhmal Nazri, Zack, Mazlee, Zain Saidin, Rahim Jalur, Sara Ali dan Atu (Zero).


Menemui penonton pada 27 Disember ini dan disiarkan secara serentak jam 9 malam di Astro TVIQ (610) dan Astro Maya HD (135). ~ murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top