Sinopsis Drama Engkau Laksana Bulan lakonan Shukri Yahya, Nadiya Nisa

Drama Engkau Laksana Bulan mengisahkan cinta tidak kesampaian kerana halangan keluarga. Ridz menghantar rombongan merisik ke rumah Nilam tetapi mendapat halangan ayah Nilam kerana sakit hati hasratnya memperisterikan ibu Ridz dahulu tidak kesampaian.

Pelbagai cara dilakukan ayah Nilam semata-mata menghalang mereka meneruskan perkahwinan hingga sanggup melakukan apa saja meskipun ia melanggar undang-undang. Dia juga langsung tidak mahu mendengar penjelasan mereka berdua.

Ridz nekad mahu lari dengan Nilam tetapi rancangan mereka musnah apabila ditangkap ayah Nilam dan menfitnah Ridz cuba melarikan dan mencabul anaknya.

Nilam kecewa dengan sikap ayahnya apabila Ridz yang tidak bersalah dipenjarakan dan Nilam dipaksa berkahwin dengan Danial, anak kawannya.

Perkahwinan Nilam dan Danial tanpa cinta akhirnya menimbulkan keadaan huru hara. Nilam bertegas tidak mahu Danial menyentuhnya dan membuat apa saja perkara menyakitkan hati Danial.

Danial pada mulanya bersabar, tidak mampu bertahan lalu mengadu dengan ayah mentuanya dan dia diminta bersabar.

Satu hari Nilam dan Danial bergaduh besar dan Danial melempar barang ke arah cermin almari lalu pecah. Serpihan kaca cermin kena tepat ke mata Nilam menyebabkan dia buta.

Apabila Ridz dibebaskan dari penjara, dia terus mencari Nilam dan ingin membawanya lari tetapi ayah Nilam mengamuk dan cuba menembak Ridz. Nilam menghalang ayahnya dan terkena tembakan.

Drama Engkau Laksana Bulan dijayakan Shukri Yahya, Nadiya Nisa, Esma Danial, Norish Karman, Zarina Zainoordin dan Ruminah Sidek.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top