Sinopsis Terbaik Dari Langit lakonan Bront Palarae

Terbaik Dari Langit mengisahkan Berg (Bront Palarae) seorang pembikin filem yang berazam mahu merakam perjalanannya mencari UFO yang ditemuinya 15 tahun lalu sewaktu bersekolah asrama. Bersama sahabatnya, Ijam (Iedil Putra), Toyu (Amerul Affendi) dan Ali (Megat Sharizal) bersama pelakon baru Sofia Jane (Nadiya Nisaa'), mereka kembali menyusuri jalan-jalan kenangan mencari erti persahabatan yang utuh.


Memori lama terungkit kembali kerana ada dendam yang belum terpadam. Memori baru tercipta kerana ada rahsia yang belum dibongkar. Semuanya dijawab dalam pengembaraan tersebut.

Filem terbitan Playground Productions dan Astro Shaw itu dibarisi bintang ternama tanahair antaranya Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Sharizal, Nadiya Nisaa', Siti Saleha dan Sharifah Amani.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top