Wawa Zainal bisnes online, perkenal jenama WA (wawaeril)

Pelakon Wawa Zainal kini menceburkan diri dalam perniagaan pakaian.

Menurut isteri kepada pelakon, Aeril Zafriel ini, dia kini sedang aktif dalam memperkenalkan jenama pakaian sendiri iaitu, WA (wawaeril).

“Sepanjang  penghujung tahun ini, saya tak terlibat dalam penggambaran dan hanya fokus pada bisnes pakaian online yang saya dan Aeril tengah usahakan kini.

“Alhamdulillah, walaupun baharu sahaja beberapa hari diperkenalkan, sambutan yang diterima amat luar biasa.

“Insya-ALLAH, tahun hadapan, saya akan memperkenalkan jenama produk kecantikan sendiri pula,” kata ibu kepada Ahmad Fakharuddin Attar ini.


Ditanya mengenai produk kecantikan itu, Wawa memberitahu produk jenama, Echo, itu dirumus khas untuk mereka yang mementingkan kecantikan luar dalam.

“Tujuan saya memperkenalkan produk anti penuaan itu adalah untuk berkongsi dengan orang lain cara saya menjaga kecantikan.

“Penyuburan dan pembinaan semula sel-sel dalam tubuh badan secara alami termasuk pengaliran darah yang lebih konsisten dapat memberi keampuhan kesihatan yang berpanjangan dan melambatkan penuaan sistem tubuh badan kita.

“Bila dalaman kita terjaga, Insya-ALLAH luaran atau zahir kita memberi kesan yang serupa,” katanya yang masih lagi menerima tawaran lakonan selepas ini. ~ BH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top