Black: Bukan soal duit, ini soal maruah
penyanyi popular, Black Md Hanafiah, pernah memberitahu dia nekad membuat laporan polis berhubung isu penuntut universiti tempatan yang menghina anak sulungnya, Khaleef Dayyan di laman sosial miliknya.
Namun, sebagai manusia yang masih mempunyai pertimbangan, Black, 28, turut memberi peluang kepada individu berkenaan untuk tampil memohon maaf sebelum mengambil keputusan berkenaan.
"Saya memberi peluang kepadanya sebelum ini untuk meminta maaf secara terbuka, namun dia masih belum berbuat demikian. Setelah difikirkan semula, saya rasa mungkin dia malu untuk melakukannya secara umum.
"Jadi, saya akan menerima apa jua bentuk permohonan maaf itu tidak kira secara peribadi menerusi emel ataupun di laman sosial saya. Cukup sekadar, 'Saya minta maaf', saya sedia untuk memaafkannya.
"Namun, sekiranya dia masih berdegil, saya rasa dia sudah mencabar kesabaran saya dan saya tidak teragak-agak untuk menyaman kerana saya tahu di mana dia berada," kata Black yang memberitahu individu itu berada di Johor Bahru dan sedang berkhidmat sebagai guru pelatih.
Bagaimanapun, ada segelintir pengikut laman sosial penyanyi ini turut mempertikaikan tindakan tegas itu dan menganggap Black cepat melatah dalam isu-isu kecil.
"Ini bukan soal kecil atau besar kerana kecil-kecil semut, apabila ia banyak, gigitannya akan meninggalkan kesan sakit.
"Ia juga bukan soal duit semata-mata, ini soal maruah kerana ia melibatkan keluarga saya. Duit yang saya ada sudah memadai dan saya mampu untuk membesarkan anak, memberi keselesaan kepada isteri dan keluarga saya termasuk menyediakan rumah serta kereta untuk orang tua.
"Saya boleh menerima sebarang kritikan dan cemuhan orang sepanjang tujuh tahun dalam industri, namun jika ia membabitkan keluarga saya, itu sudah melampau. Ini adalah peringatan kepada 'keyboard warriors' yang lain agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya.
Isteri tertekan
Menurut Black, perkongsian foto keluarga yang menampilkan si kecil buat pertama kali itu bukanlah di atas kehendak isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi, 29.
Katanya, sebagai selebriti, dia perlu berkongsi sedikit sisi peribadinya bersama peminat dan perkongsian itu dibuat setelah memujuk isterinya beberapa kali.
"Sebenarnya, isteri saya tak nak tunjuk gambar berkenaan, namun kerana saya memujuknya berkali-kali, dia bersetuju, namun syaratnya selepas habis berpantang.
"Namun, bila timbul isu sebegini sebagai ibu, dia sangat sedih, tertekan dan emosinya terganggu. Susah sebenarnya jadi selebriti. Kalau tak tunjuk, orang mengata. Kalau tunjuk, jadi isu seumpama ini.
"Saya sendiri tidak faham dengan individu seperti itu. Kalau dia tak puas hati dengan saya, berhubung terus dengan saya. Jangan sesekali menggunakan laman sosial yang boleh dilihat dan dibaca berjuta orang," katanya lagi.
Dalam pada itu, Black turut berkongsi nikmat kehidupannya kini setelah bergelar bapa. Katanya, kehadiran anak menjadikan dirinya sedar akan tanggungjawab lebih besar yang harus dipikul.
"Kehadiran anak banyak mengubah cara hidup saya. Sejak ada anak, saya dah tak beli pakaian sendiri. Semuanya untuk anak dan isteri. Secara tidak langsung, saya rasa kini saya bekerja untuk keluarga.
"Untuk bulan pertama, saya tidak rasa sangat namun setelah anak sudah membesar dan sering mengajak kita 'berbual', saya tidak betah lagi untuk keluar rumah lama-lama.
"Alhamdulillah, rakan-rakan juga turut memahami saya dan ada kalanya mereka datang ke rumah untuk berbincang pasal kerja," katanya yang bergilir-gilir menguruskan anak semasa isterinya sedang berpantang sehingga kini.
Dalam perkembangan seni, Black memberitahu sedang terlibat dalam promosi single baharunya, Mana Mungkin, dan bakal memperkenalkan album keduanya tidak lama lagi.
Katanya, album berkenaan turut memuatkan lagu-lagunya termasuk Mana Mungkin, Teman Pengganti, Takkan Terpisah, Puisi Sang Dewi dan Si Putih Si Merah. ~ SH

0 ulasan:
Catat Ulasan