Filem SpongeBob Movie Catat Box Office

Filem filem animasi 3D iaitu The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water menerusi kutipan box office di Amerika Syarikat minggu lalu.

Filem Animasi kegemaran kanak-kanak itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM201 juta sekaligus meletakkan mereka berada di tempat pertama.

Ini diikuti American Sniper arahan aktor Clint Eastwood terpaksa berpuas hati berada di tempat kedua selepas tiga minggu menguasai carta dengan kutipan sebanyak RM87 juta.


Tempat ketiga menjadi milik filem Jupiter Ascending yang dibintangi oleh Mila Kunis dan Channing Tatum dengan kutipan sebanyak RM68 juta.

Sementara di tangga keempat milik filem arahan Sergei Bodrov iaitu Seventh Son berpuas hati dengan kutipan sebanyak RM25 juta dan filem animasi terbitan StudioCanal iaitu Paddington di posisi kelima dengan hasil kutipan sebanyak RM19 juta.

Kejayaan filem animasi Sponge Bob adalah yang kedua selepas Big Hero Six yang berjaya mendapat kutipan tertinggi di minggu pertama untuk tahun 2014. Malah hasil kutipan filem terbaru Sponge Bob jauh lebih hebat berbanding siri pertama The Spongebob Square Pants Movie yang hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM114 juta.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top