Choi Si Won berlakon filem Dragon Blade

Anggota kumpulan Super Junior, Choi Si Won bertuah apabila dipilih membintangi Dragon Blade. Filem kerjasama dua negara, Korea dan China itu turut membabitkan pelakon terkenal Jackie Chan, John Cusack dan Adrien Brody.

Bermula Jumaat lalu, Si Won bersama pelakon lainnya mengadakan siri jelalah bagi mempromosikan Dragon Blade. Naskhah itu berlatar belakang zaman Dinasti Han. Ia mengisahkan pengembaraan Komander Huo An bertemu Putera Roman.

Si Won memegang watak anggota paling muda dalam pasukan tentera di bawah pimpinan Huo An. Ini kali pertama dia berlakon dalam filem membabitkan produksi luar.


Katanya, sesiapa saja pasti teruja apabila ditawarkan berlakon dalam filem besar seperti kerana dia bukan ha-nya berpeluang menimba pengalaman bekerja dengan produksi luar tetapi juga dapat berganding dengan pelakon hebat.

"Nama Jackie Chan sangat kukuh dalam bidang lakonan di peringkat antarabangsa. Pergilah ke mana pun, mereka pasti kenal namanya. Walaupun mempunyai nama besar, dia tetap merendah diri," katanya.

Si Won memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada 2005 namun jejaka itu juga aktif dalam bidang lakonan. Antara filem lakonannya yang berjaya menarik perhatian adalah Battle Of Wits dan Helios.

Filem Dragon Blade dijadualkan berada di pawagam pada 12 Mac 2015.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top