Alangkah indahnya hidup berkasihan
Setiap detik hanya rasa keriangan
Bila hari minggu ku rasa bahagia
Tetap dia membawa ku ke temasya

Dihias langit yang membiru
Cuaca tenang dan nyaman udara
Kusandarkan diri dibahunya
Rambutku dibelai manja

Berkejar kejaran dengan keriangan
Tak terasa hari telah datang petang

Dihias langit yang membiru
Lembutnya desir angin laut
Selembut mataku direnung
Tertawa ku tunduk malu

Alangkah nikmatnya bila dikasihi
Seribu tahun aku ingin hidup lagi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top