Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata
Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya
Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku
Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian
Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,
Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi
Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan
aku suke lagu nie,,ia mengisahkn tntg k'idupan dlam alm barzakh,,ia juga mmbuatkan kite insaf,,huhuhuh,,anyway,, I very3 like this s0ng,,fareast,,i like ur band,,
BalasPadamlagu rasa best kerana ia meningatkan kita tentang kematian
BalasPadambila ku dengar lagu ni...
BalasPadamterasa banyak aku lakukan kesalahan...
aku berasa sedih...
cukup menyentuh atie...
BalasPadamkematian pasti berlaku...
sedih teringat banyak dosa yang dilakukan..
mengingatkan aku tentang mati...suka lagu nie...
BalasPadamBila aku dgr lagu ni..ntahla, serta merta hati ni sayu. Kerna lagu ni mnceritakan ttg kematian. Aku rasa pilu sgt kerna teringat kat arwah mak aku.. Mudah2an mak ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...Amin Ya Rahman..
BalasPadamSelain aku jugak turut menginsafi diri ni yg smmgnya tlalu byk dah melakukan dosa. Takutnya utk mengadap Allah s.w.t.. Bagaimanalah keadaan kita di sana nnti..
Aku x bole tidur..sentiasa mengingatkn diri dgn kematian. Ape2 jua yg aku lakukan skg, pasti kan ku ingat pd larangan/suruhanNya... Astagfirullahala'zim....Kerdilnya kita disisi Allah s.w.t..