Lirik Lagu Arasy Dunia - Hafiz Hamidun / Ali

(Ali )
Hidup bagaikan kau jatuh
Gelap malam aku resah
Dalam kegelapan mendamba
Sinaran cahaya berlimpahan
Nyala nyala nyala yang diharap
Umpama rembulan penuh keindahan
Sayang hanya lampu di jalan
Panas bahang lantas terbakar
Lalu mati….

(Hafiz)
Hidup ini medan engkau beradu
Entah untung entah rugi
Pujuk nafsu selalu menipu
Kadang hati kadang tak pasti
Gengam mentafsir makna
Liku ujian atau musibah

(Ali & Hafiz)
Hidup bagaikan kau jatuh
Gelap malam aku resah
Dalam kegelapan mendamba
Sinaran cahaya berlimpahan
Cari cari cari yang diharap
Umpama rembulan penuh keindahan
Sayang hanya lampu di jalan
Panas bahang lantas terbakar
Lalu mati…

(Hafiz)
Tandus rasa hilang hidayahnya
Sepi dari titis rahmat

(Ali )
Layu hati dihembus pawana
Tinggal hanya kalbu yang usang
Kosong tiada sinaran iman di jiwai
Pudar samar bintang bulan mula timbul
Hancurlah runtuhlah segala angan indah
Rona rona bagai sang dunia
Kerana jalanmu tidak pun wujud
Makin kejar makin menjauh
Kadang jatuh kadang tersungkur
Hingga lara….

(Hafiz)
Hidup ini medan engkau beradu
Entah untung entah rugi
Pujuk nafsu selalu menipu
Kadang hati kadang tak pasti
Gengam mentafsir makna
Liku ujian atau musibah…

(Ali & Hafiz)
Arasy Dunia …. (2x)

Hafiz Arasy Dunia Lirik

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top