Mendiang Heath Ledger berjaya memenangi Anugerah Golden Globe, sementara Kate Winslet berjaya mendapat dua anugerah lain.

Namun kemenangan besar dimiliki oleh filem bajet rendah, Slumdog Millionaire dan beberapa anugerah besar lain diberi kepada pendatang baru dan artis yang tidak terkenal.

Kemenangan empat anugerah semalam menjadikan filem tersebut berpotensi untuk bertanding dalam Anugerah Academy, satu kejutan bagi filem yang tidak dibintangi pelakon terkenal dengan jalan cerita tentang anak yatim dan penjenayah di Mumbai.

"Adakah perkara ini benar-benar berlaku kepada saya? Filem pertama saya memenangi empat Golden Globe? Saya tidak percaya apa yang berlaku," kata seorang pelakon filem tersebut, Freida Pinto di belakang pentas bersama pengarahnya, Danny Boyle yang turut menerima anugerah Pengarah Terbaik.

Slumdog Millionaire berjaya mengenepikan filem-filem lain seperti The Curious Case of Benjamin Button yang dibintangi Brad Pitt, Revolutionary Road (Winslet dan Leonardo DiCaprio) dan Frost/Nixon (Ron Howard).

Anugerah Lakon Layar Terbaik dan skor muzik terbaik juga dimenangi filem yang mengisahkan seorang anak yatim yang berdepan dengan pelbagai cabaran sehingga memenangi rancangan Who Wants to Be a Millionaire.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top