Lirik Sukma Ke Sukma - Fiq

Desiran sang bayu membelai wajahmu
Bayangkan engkau yang datang sentuh
Merawat luka memujuk rayu
Diri terkulai memuja cintamu

Hujan yang menderu basahi tubuhku
Bayangkan engkau yang sedang rintih
Mengadu pilu melamar jiwa
Kasih terpendam sudi kau terima

Biarpun jauh jarak antara kita
Seperti bintang dan bumi
Cahaya cinta pantas melewati
Sukmamu sukmaku

Bercinta bukan soal beradu
Siapa dahan dan dedalu
Bercinta bukan soal beradu
Tegar dan termangu

Biarpun jauh jarak antara kita
Seperti bintang dan bumi
Cahaya cinta pantas melewati
Sukmamu sukmaku

Bercinta bukan soal beradu
Siapa dahan dan dedalu
Bercinta bukan soal beradu
Tegar dan termangu

Jangan kau sesekali sangkakan cinta tercipta
Kita yang memilih bisa disingkir
Pabila kasih tak terukir

Bercinta bukan soal beradu
Siapa dahan dan dedalu
Bercinta bukan soal beradu
Tegar dan termangu

Jangan kau sesekali
Sangkakan cinta tercipta
Kita yang ukir

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top