Lirik Jangan Berhenti - Ruffedge

Azan: Sememangnya kita sering dilanda dengan pertanyaan
Bagaimana untuk maju ke hadapan
Jika kita asyik duduk dalam kegelapan
Zain: Sememangnya akan ada yang iri hati dengan kita
Cuba menjatuhkan oh dengan harapan
Agar kita tidak kan bertemu kejayaan

Iwan: Pernah dulu ku rasakan hampir hilang semua
Bersaing dengan gelap kegagalan
Kecewa dan sedih jadi teman
Ku pasti inilah lumrah di dalam kehidupan
Menangis sebelum kita ke depan
Tapi kini…

Chorus
Ku rasakan bagaikan sinar yang terang
Dari langit yang dipancarkan ke bumi
Jauh daripada rasa sepi
Perasaan, inginku berpijak lebih tinggi
Dan meneruskan perjuangan ini
Janganlah kita berhenti di sini

Zain: Sebenarnya diri kita mempunyai cita2,
Jika putus asa maka takkan rasa
Bagaimana terangnya hidup bila berjaya
Azan: Kalau kita asyik terus mendengar kata yang tak tulus
Harus kita ambil semua serius jika tidak
Masa depan kita kan terhapus

Nine: Pernah dulu ku rasakan hampir hilang semua
Bersaing dengan gelap kegagalan
Kecewa dan sedih jadi teman
Ku pasti inilah lumrah di dalam kehidupan
Menangis sebelum kita ke depan
Tapi kini…

Masih ada ruang kita bergerak bebas
Mencari-cari apa yang telah hilang
Oh kita ada bersama hingga kini
Tetap sabar, terima kasih semua….

Chorus

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top