Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita:

1. Gagap – Stacey (Pop)
2. Jika Kau Ubah Fikiran – Mila (Rock)
3. Tak Mungkin Kerana Sayang – Alyah ( Ballad)
4. Dan Sebenarnya – Yuna (Ballad)
5. Di Taman Teman – Siti Nurhaliza (Irama Malaysia)
6. When You’re Gone – Avril Lavigne (Rock)

Lagu-lagu pilihan untuk peserta lelaki:

1. Situasi – Bunkface (Pop)
2. Hujan – Sudirman (Ballad)
3. Ada Untukmu – Nubhan (Ballad)
4. Berdendang Dalam Tangisan – Jamal Abdillah (Irama Malaysia)
5. Fikirlah – Aizat (Pop)
6. I’m Yours – Jason Mraz (Ballad)

Di peringkat ujibakat, para peserta harus melepasi tiga pusingan saringan sebelum disenarai pendek. Juri-juri yang akan bergilir-gilir terlibat semasa sesi ujibakat ini ialah mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing seperti Lah VE, Deja Moss, Fairus Hussin dan guru vokal yang berpengalaman dalam membentuk pelajar AF iaitu Syafizawati Shariff atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi. Dua orang pakar motivasi juga telah dijemput bagi membantu pihak produksi untuk mengenali perwatakan pelajar. Mereka ialah Ahmad Fadzli Yaakob atau lebih popular dengan nama Dr Fazley di kalangan para pelajar AF4 serta Azahari bin Othman yang lebih dikenali sebagai Dr. Luv di kalangan para pelajar AF5.

"Barisan juri yang terpilih ini akan mengenal pasti kebolehan para peserta jika mereka boleh diasah dan diberi bimbingan terutama sekali dalam bentuk vokal yang dapat mengimbangi setiap persembahan mereka kelak. Pihak produksi memberi pelbagai pilihan dari segi genre muzik sebagai panduan untuk menguji kemampuan vokal para peserta. ”Para peserta yang berminat dinasihatkan untuk hadir dalam keadan bersedia dan meyakinkan barisan juri bahawa mereka layak untuk dibimbing dan diketengahkan sebagai bintang Akademi Fantasia yang baru, ” tambah Azlin lagi.

Sementara itu, sebuah persembahan pentas istimewa akan diadakan untuk menghangatkan lagi sesi ujibakat di negeri Johor pada 16 & 17 Januari 2010. Artis-artis yang akan terlibat dalam persembahan ini ialah seperti Mawi, Hafiz, Aishah, Yazid dan Isma. Sila layari laman web rasmi www.astro.com.my/akademifantasia untuk maklumat lanjut. Para peserta digalakkan untuk membuat pra-pendaftaran di laman web yang tertera bagi mendapatkan keistimewaan `laluan pantas’ semasa pendaftaran pada hari ujibakat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top