Penyanyi remaja, Aliff Aziz masih dihambat perasaan kecewa apabila cintanya dengan pelakon Anne Ngasri kecundang. Dia reda kerana sedar manusia hanya merancang, Tuhan menentukan segala- galanya. Hidup perlu diteruskan. Penyanyi kelahiran kota Singa itu tidak mahu diusung perasaan duka berpanjangan.


Perjuangannya sebagai anak seni tetap diteruskan.

"Apa yang berlaku sudah pun berlalu. Tidak guna saya mengenangkannya lagi. Saya tidak mahu mengulas panjang lebar berhubung perpisahan dengan Anne. Apa yang dapat saya katakan, mungkin kami tiada jodoh. Saya bukannya melarikan diri daripada wartawan, tapi saya memerlukan masa untuk mencari ketenangan. Bohonglah jika saya kata tidak kecewa, tapi apakan daya. Berilah saya ruang untuk mengubat kekecewaan. Apa yang berlaku sudah ditakdirkan. Insya-Allah, saya akan buat sidang media menjelaskannya, tidak lama lagi," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top