Sinopsis drama bersiri Budoy

Astro Bella dengan bangganya memberi peluang kepada para pembaca setia portal Astro Gempak untuk menonton drama bersiri terbaru yang di datangkan khas dari Filipina berjudul Budoy yang turut disiarkan menerusi Astro Bella (133) dalam pakej Mustika bermula pada 11 Oktober 2012.

Budoy secara ringkasnya mengisahkan suka duka seorang lelaki bernama Budoy yang dilahirkan sebagai seorang yang terencat akal dan disisihkan oleh ahli keluarganya sendiri yang terdiri dari keluarga yang berjaya dalam bidang perubatan.


Kejayaan Dr Anton Maniego sebagai seorang doktor perubatan tapi tanpa memiliki zuriat sememangnya tidak boleh dipertikaikan. Namun semuanya berubah apabila isterinya, Luisa, melahirkan Budoy yang tidak normal, melalui satu proses telah dijalankan oleh Dr Anton Maniego sendiri.

Lebih tragis, pada sambutan ulang tahun kelahiran Budoy yang kelima, neneknya dengan sengaja telah menyerahkan Budoy kepada orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan menyembunyikan Budoy dari khalayak ramai supaya tidak memalukan nama keluarga mereka.

Apakah nasib yang bakal diterima oleh Budoy setelah dia diserahkan kepada keluarga angkat yang lain? Mampukah ahli keluarga Dr Anton Maniego menyembunyikan perkara sebenar tentang keadaan anaknya Budoy kepada umum?

Kepada mereka ingin melanggani pakej Mustika, anda boleh melayari laman web   www.astro.com.my/mustika untuk menikmati pakej Mustika yang turut mengandungi dua saluran hebat Astro Citra (131) dan Astro Warna (132) berharga RM 2.95 sebulan.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengikuti  Budoy, sebuah drama siri hebat terbaru dari Astro Bella hanya di Astro Gempak (133) bermula 11 Oktober 2012, setiap Isnin hingga Jumaat jam 3.00 petang yang bersiaran selama satu jam.

1 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top