Lirik Lagu Keraguanku - Nuwarrah

Berkali ku cuba nyatakan padamu
Namun lidahku tetap masih kelu
Andai ku luahkan rasa padamu
Mungkin aku akan terasa malu

Andai bukan aku yang engkau mahu
Mungkin ramai yang masih menunggumu
Hati telah berpaut padanya
Haruskah ku lafazkan cinta

C/O
Kita berdua
Sering bersama
Hatiku terasa bahagia
Kau sahabatku
Teman hatiku
Bila kau tiada
Ku terasa rindu

Berkali ku cuba nyatakan cinta padamu
Namun lidahku kelu
Hati terus membisu
Ini keraguanku

Ku cuba lafazkan rasa hatiku
Namun hatiku masih ragu-ragu
Andai kau tahu rahsia dihatiku
Sungguh aku menyintai dirimu

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top