Lirik Aku Yang Kau Panggil Sayang - Khairul Idlan

Aku yang kau panggil sayang
Ingin menghampiri masa-masa silam
Engkau yang ku panggil sayang
Pernah meneroka hati ini
Detik kemanisan pun berlalu
Ke manakah janjimu yang suci

Aku yang kau panggil sayang
Ingin ku mengutip sisa-sisa cinta
Engkau yang ku panggil sayang
Menapak ke hala persimpangan
Tanpa meninggalkan kata-kata
Bila kau kan kembali lagi

Korus:
Seraut wajah sering ku usap
Dalam mimpi kita pun bersenda
Siangku menyebutmu di malam sunyi
Ku digoda rindu... oh...

Aku yang kau panggil sayang
Dalam kegelapan ku mencari kasih
Engkau yang ku panggil sayang
Mungkin kali ini kehilangan
Berikan daku saat terakhir
Mengusap muka mu oh sayang

Ulang korus & rangkap 3

1 ulasan:

  1. lagu nie bez gle.. mmg lyan laa.. meleleh air mata dgr lagu nie.. tahniah kt khairul idlan bab nynyi lagu nie ngn bek..... NAJIERA 09

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top