Lirik Yang Terpisah Cuma Jasadmu - Zairani

Seakan terdengar gemersik suara
Tetapi tiada wajah yang menjelma
Naluri meyakinkanku seakan engkau
Mengikut gerak geri

Apa yang dirancang tidak terlaksana
Terkilan rasanya hati kecil ini
Walau pun begitu sayang ku merasakan
Yang terpisah cumalah jasadmu

Korus
Ramai berpesan agarku melupakan
Serta terima segala kenyataan
Namun hatiku tiada berupaya lenyapkan
Tiap kenangan silam

Apa yang pernah kita tempuh bersama
Semuanya itu mengusik lamunanku
Beratnya bahu yang memikul beban
Malah berat lagi pandangan

Landasnya harapan serta keyakinan
Dan juga seikhlas doa kukirimkan
Pasti suatu masa nanti
Akan terkabul segala apa yang kuinginkan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top