Lirik Lagu Rasa - Azharina

Sejuta rasa sukar untuk ku mengertikan
Menghimpit di hati meresahkan fikiran
Aku sememangnya insan tiada daya
Untuk memutar masa menebus segala

Mengapa kini terjadi diakhir waktu
Kala percintaan kita menuju gerbang
Berkali ku memujuk berkali ku rayu
Teguh pendirian sukar digoyah

Ku tangisi khilafnya diri
Sungguh aku bukan insan sempurna
Ku akui sakitnya hati
Menyakiti hatimu berulang kali
Penyesalan kini tiada berguna

Ku melangkah dengan sejuta rasa
Rasa yang hanya ku seorang tahu
Semoga pengajaran bererti ini
Bisa membuatkan diri dan hatiku
Merenung hikmah disebaliknya

Walaupun jauh disudut hati
Ingin kembali bersamamu
Berkongsi waktu
Namun ku serahkan pada Ilahi
Menentukan semua akan berlaku

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top