Lirik Lagu Ku Menagih Setiamu - Arrow

Deraian airmata
Basah di pipi ku
Tak mampu menahan rasa terkilan
Benci di hati
Ditinggal kekasih hidup merana diulit sepi
Telah pun kau mengerti
Kesungguhan hatiku
Hangatnya cintaku
Secerah sirna mentari pagi
Tetapi kasih mu hanyalah bagai sebening malam

Pernahkah engkau rasakan
Berdosa andai kau berpura menyinta sepenuh hati
Akhirnya kau yang menghancurkan

Semua dah berakhir tiada kemaafan
Ku dipandang hina
Teramat hina... aku terasa
Kecil tersisih jauh di sudut dunia
Hilang dari hati mu

Di manakah janji mu dulu
Aku menagih setia mu
Akan ku pujuk rawan di hati
Moga 'kan hilang di rindu ku

Andainya akulah insan yang tak mampu mengerti
Ku mohon kemaafan andai masih mengemis kasih
Walau di hujung rindu
Yang tak mungkin aku miliki

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top