Cubalah cuba kenangkan semula
Semasa hidup remaja
Riang gembira dalam suasana
Indah segala-galanya
Di kala itu mengikutkan nafsu
Tidak ada yang mengganggu
Keluar pagi hinggalah ke petang
Tidak orang melarang
Ke sana dan ke sini
Sesuka di hati
Tidak dapat diteguri
Dirimu sendiri
Tetapi kini tak begitu lagi
Jangan berpurakan diri
Fikir di hati hendaklah mengerti
Remaja hanya sekali
(Akbar Nawab/Noordin Che Din)
0 ulasan:
Catat Ulasan