Lirik Mega Cinta - Mega

Manakah hilangnya
Titisan embun yang di pagi hari
Manakah hilangnya kasih ku
Lebur menjadi api

Benarkah enggang dan si pipit
Tiada pernah bersama
Padahal cinta tak pernah mengenal usia
Tiada memilih rupa paras berbeza

Asalkan bahagia menguntum dan berseri
Saling memahami mutakhir abadi

Gumpalan awan yang berarak
Tiada pernah berakhir
Selagi berputar dunia
Begitu kejamnya cinta

Padahal cinta tak pernah mengenal usia
Tiada memilih rupa paras berbeza

Asalkan bahagia menguntum dan berseri
Saling memahami mutakhir abadi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top