Kesian pulak Murai Batu bila dengar cerita tentang Shah AF8. Dia rasa sedih sangat bila ada orang tertentu cakap yang rupa paras dia tak boleh dijual sebagai seorang artis.


Kalau yang cakap tu dari kalangan orang biasa di luar sana, tidak apa jugalah. Tapi, kalau yang cakap tu dari kalangan orang yang terlibat secara langsung dengan dunia hiburan tanah air, macam mana pula kesnya tu?

Murai Batu rasa tak patut jugalah perkara tu berlaku. Bukan sebab Murai Batu nak menangkan sangat Shah. Tapi, Murai Batu rasa, apa yang diperkatakan oleh orang tetentu tu memang agak melampau serta tidak relevan langsung.

Sebab, rupa paras seseorang memang Tuhan sudah jadikan begitu sejak azali lagi. Kita tidak boleh mengubahnya. Lainlah kalau ada yang sanggup buat pembedahan plastik untuk menukar wajah dan bentuk badan badan supaya nampak lebih cantik lagi.

Mungkin sebab itulah agaknya Shah terasa. Tapi, kalau dibelek-belek muka Shah tu, Murai Batu rasa dia tidaklah seteruk atau seburuk mana pun. Kalau dia kurus, rasa Murai Batu dia pun boleh nampak handsome.

Tengok sajalah macam Aizat tu. Masa dia gemuk dulu, ada ke perempuan yang tergila-gilakan dia. Bila dah kurus dan nampak menarik, barulah ada perempuan yang nak pandang termasuklah aktres Liyana Jasmay sendiri.

Dalam hal ini, Murai Batu rasa bukannya Shah tidak memiliki paras rupa yang boleh dijual sebagai seorang artis tetapi lebih tepat lagi ialah dia tidak mempunyai pakej yang lengkap.

Tak lengkap dalam pengertian Murai Batu adalah dari sudut penampilannya. Yang lain-lain bagi Murai Batu dah okey. Vokal dia sedap, stail pakaian pun okey, gaya jadik artis pun dah ada.

Yang tinggal hanyalah proses grooming serta proses untuk menurunkan lagi berat badannya. Itupun Murai Batu tengok, Shah dah makin kecil sikit. Kalau dia terus berusaha mengecilkan badannya, siapa tahu, dia boleh jadi sekurus Aizat nanti.

MURAIBATU: Banyak lagi selebriti yang tidak ada ada pakej tetapi masih boleh maintain popular dalam industri!

1 ulasan:

  1. shah ni handsome laaa...sp ckp dye x handsome..myb sbb saiz fizikal dye je..

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top