Bebanan untuk semua pelajar memang agak berat minggu ini. Menyanyikan dua lagu untuk konsert minggu kesembilan bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi minggu ini menyaksikan seorang pelajar akan tersingkir sebelum ke Konsert Akhir. Daus mungkin antara yang bermasalah ketika ini kerana masih tidak menghafal lirik Rap untuk lagu Take A Look Around nyanyian Limp Bizkit, Semuanya dalam Diari AF8, 7.30 malam ini di Astro Ria (saluran 104)


Tidak ketinggalan Shahir yang sedang gigih mengahafal lirik Arab untuk lagu Tamaly Maak nyanyian asal Amr Diab. Tidak cukup dengan itu, Shahir perlu belajar koreografi yang telah disediakan untuknya oleh Cikgu Linda Jasmine. Memandangkan semua pelajar perlu membawakan satu lagu berentak perlahan, dan satu rancak, maka Cik Linda terpaksa menbahagi-bahagikan masa untuk melatih setiap pelajar

Paling menarik, buat pertama kalinya kita akan dapat melihat Pengetua AF8, Norman menyanyi di dalam AKademi. Ini bagi melatih Adira yang masih gagal mencari melodi untuk lagu Dua nyanyian asal kumpulan KRU. Nampak kesungguhan Norman dalam melatih Adira dalam menyanyikan lagu yang sering dinyanyikannya ketika zaman kegemilangannya dulu. Semuanya dalam Diari AF8, 9.00 malam ini di Astro Ria (saluran 104)

UNDIAN PUKAL SMS: Taip AFUNDI<3/5/10> nama singkatan PELAJAR untuk (3/5/10 undian) ke 32999. Contoh : AFUNDI3 KE 3299

MELAYARI INTERNET DI TELEFON BIMBIT Berkunjunglah ke portal WAP Akademi Fantasia Musim Ke 8 dan dapatkan pelbagai kandungan muat turun yang terkini dan eksklusif! Hanya taipkan AF8 dan SMS ke 32888 Atau layari laman wap m.akademifantasia.com.my

MENONTON TV DI TELEFON BIMBIT 1. Taip AMTV dan hantar ke 26000 2. Anda akan menerima sms pautan percuma Astro Mobile TV untuk melanggan dan seterusnya klik pada ikon Akademi Fantasia. 3. RM5/seminggu setiap konsert

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top