Penyanyi kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel bersama kekasihnya Luna Maya enggan mengakui pembabitan mereka dalam kes video lucah yang tersebar luas di Internet sejak Jun lalu. Polis Indonesia dilaporkan tidak akan melanjutkan siasatan ke atas kedua-duanya.

“Biarlah kedua-duanya menafikan pembabitan mereka,” kata jurucakap polis, Marwoto Soeto dalam satu kenyataan dilaporkan laman kompas.com.

Menurutnya, kenyataan tegas Ariel dan Luna itu penting untuk dipertimbangkan kumpulan panel hakim dalam perbicaraan kelak.

“Sekiranya suspek enggan mengakui kesalahan, biasanya mereka akan dijatuhkan hukuman yang berat,” kata Marwoto lagi. - Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top