Melalui tema Tiada Sempadan, Tiada Sekatan, pertandingan tarian jalanan Battleground 2010 kini kembali dengan sesi uji bakat untuk musim terbarunya pada 28 Ogos, dari jam 10 pagi hingga 4 petang di pintu masuk Berjaya Times Square.

Semua penari jalanan tanpa mengira umur, bangsa, warga negara dan jantina dijemput untuk menyertai uji bakat ini. Battleground 2010 diterbitkan oleh Astro dan diberi sokongan oleh Gatsby selaku penaja utama serta sokongan dari MY FM selalu stesen radio rasmi.

Sekali lagi Astro mengundang Marcus ‘Ephic-phlave’ Tucker yang juga pemilik dan pengasas Face da Phalve Entertainment, Aga atau Swiftlocker dari Taiwan serta jurulatih tarian terkenal Peter Ong sebagai juri bagi pertandingan ini.

Pada tahun ini juga, Lagenda Hip Hop terkenal, Loose Joint, diundang untuk menyertai barisan juri. Beliau akan memberi peluang keemasan kepada peserta yang disenarai pendek mengikuti latihan dan tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi penari jalanan yang bertaraf antarabangsa.

Loose Joint ialah seorang penari yang bertanggungjawab menemui tarian bebas Hip Hop dan dianggap sebagai lagenda kerana usahanya yang bersungguh-sungguh itu. Loose Joint juga membina namanya pada tahun 1990-an di samping memenangi tempat kedua bagi pertandingan Big Breakdance, melakukan penampilan istimewa dalam filem Beat Street dan juga menjadi sebahagian daripada krew tarian Fantastik Duo.

Beliau kemudiannya menyertai Fresh Fest Rap, rombongan tarian Chaka Khan sebagai penari dan juri untuk Dance Delight di Jepun. Selain itu, Loose Joint juga pernah bekerja untuk ramai selebriti seperti Michael Jackson, Mariah Carey, Will Smith, Jaz-Z, Jermaine Dupri, Monica, Gangsta Slick Rick dan ramai lagi.
Kepada penari jalanan yang ingin berkongsi bakat mereka dengan orang ramai, sertai ujibakat Battleground 2010. Siapa tahu bakat anda akan mendapat perhatian juri, seterusnya membawa kegemilangan.

Uji bakat ini akan menyenarai pendek 16 krew tarian terbaik dan hanya empat krew tarian akan bertarung pada pusingan akhir pada 18 Disember nanti. Hadiah menarik seperti wang tunai RM50,000 dan pelbagai habuan menarik lain menanti anda.

INFO: Uji bakat:
# Tarikh: 28 Ogos 2010, Sabtu
# Masa pendaftaran: 10 pagi ke atas
# Tempat: Pintu Masuk Berjaya Times Square.

Syarat-syarat kelayakan masuk:
- Satu pasukan dengan minimum 2 krew atau maksimum 6 krew tanpa sempadan warga negara, bangsa atau jantina
- Harus bermastautin di Malaysia dan berumur 15 tahun ke atas
- Setiap peserta hanya boleh mewakili satu pasukan
- Sila bawa CD muzik dalam format CD dengan durasi 1 minit 30 saat
- Kad pengenalan dan salinan kad pengenalan atau pasport
- Gambar berkumpulan dan gambar individu berukuran 4R

# Battleground 2010 disiarkan menerusi Astro Wah Lai Toi (saluran 311) pada setiap hari Sabtu, jam 7 malam dari 23 Oktober 2010.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top