Program Gadis Melayu musim ketiga bakal muncul menerusi TV9 setiap Jumaat, jam 9 malam bermula 27 Ogos ini. Program realiti 10 episod itu akan menampilkan sembilan gadis yang berjaya membolosi uji bakat yang diadakan di seluruh negara.

Mereka bertuah dipilih berdasarkan ciri-ciri kewanitaan Melayu yang dicari. Bukan saja bersopan- santun, berbudi bahasa, pandai memasak dan sekurang-kurangnya boleh menjahit, paling utama gadis itu masih mengekalkan tradisi turun-temurun yang relevan dengan kehidupan moden.

Menerusi paparan yang bakal ke udara, finalis Gadis Melayu 3 akan diuji dengan aktiviti menguruskan kenduri, mempelajari kesenian Melayu serta merancang perkahwinan Melayu lama.

Lebih menarik, Gadis Melayu 3 turut mengetengahkan finalis yang bukan saja berbakat dalam rekaan fesyen dan perniagaan, malah jangan terkejut seorang daripada mereka masih mengekalkan amalan petua tradisional.

Sidang media memperkenalkan finalis Gadis Melayu 3 akan berlangsung Jumaat ini. Kepada pengikut setia program realiti ini, jangan ketinggalan menyaksikan musim terbaru Gadis Melayu pada setiap Jumaat, bermula 27 Ogos.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top