Lirik Lagu Halimunan Abad ke 21 - MonoloQue

Pada suatu hari yg. Bermakna, terjumpa air terjun awet muda,
sedang ku meninjau keadaan,terserempak dgn. Merak Kayangan,
dipelawanya ku mengembara ke segenap pelosok Bima Sakti,
naik rajawali.

korus:
walau ketinggalan,
ku cuba juga berlumba,
pancaroba ini,
yg istimewa,
ratna mutu manikam*
smua bisu,malaikat lalu, di Hutan Batu,
abad ke 21!

ku tumpukan spenuh perhatian, mengelilingi Dunia Tanpa Sempadan
bunga dalam cermin bertakhta,tapi sayangnya,hanyalah perhiasan
yg sedang dipamerkan,
hantu dalam mesin berkata, Perang Dunia akan melanda,
Oh dimana kau Adinda?

ulang korus:

pesanan ringkas, apa di atas?
tiada ruang utk bernafas,
ku ingin pulang ke pangsapuri ku
di Hutan Batu abad ke 21

pencakar langit, minda sempit,
kemalangan jiwa di jalan Chow Kit,
ku ingin pulang ke pangsapuri ku
di Hutan Batu abad ke 21

di Hutan Batu abad ke 21

ditulis dan digubah oleh monoloQue.
smua hakcipta intellektual terpelihara
Pustaka Muzik Pancasona 2010

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top