Aidil Zafuan Tak Mampu Bayar Mutaah Rita Rudaini
 
Pemain pertahanan kelab Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan mengaku kurang berkemampuan membayar tuntutan mutaah RM300,000 diminta bekas isterinya, aktres Rita Rudaini.

Aidil atau nama sebenarnya Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, 28, memberikan alasan dia menanggung perberlanjaan besar untuk perkahwinan keduanya.

“Walaupun saya tidak mengemukakan penyata pendapatan serta perbelanjaan, saya memang menanggung banyak perbelanjaan untuk keluarga baru di samping perbelanjaan lain seperti insurans dua anak bersama Rita serta hutang peribadi.

Oleh itu, saya tidak setuju dengan tuntutan mutaah itu disebabkan plaintif tidak layak menerima di atas kegagalan dia menjalankan tanggungjawab sebagai isteri ketika perkahwinan dan saya memang tidak mampu,” katanya yang diwakili peguam syarie Rushdan Sujak Rafie di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man.

Sementara itu, saksi kepada defendan, Mohamad Zaquan Adha Abd Razak, 28,hampir bertikam lidah dengan peguam mewakili Rita, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain kerana tidak faham soalan diajukan.

Zaquan Enggan menyatakan jumlah pendapatan bulanannya ketika disoal Mohd Zaidi dan mengakui tidak pernah berkomunikasi dengan Rita sepanjang bergelar adik ipar pelakon tersebut.

Hakim menetapkan 25 Mei ini untuk sambungan perbicaraan tuntutan mengikut seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Aidil dan Rita bercerai pada September 2013 di Mahkamah Syariah Seremban dan mempunyai dua cahaya mata lelaki Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.

Sumber: Harian Metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top