Pasangan Tersingkir Pelamin Fantasia #ImranKina Sudah Berkahwin
 
2 pasangan iaitu Nazren dan Dini serta Imran dan Kina gagal meneruskan perjuangan mereka dalam program realiti Pelamin Fantasia.

Bagaimanapun berita gembira telah diterima daripada pasangan Imran dan Kina yang telah selamat bergelar suami isteri pada 2 May lalu.

Pasangan romantis berasal dari Johor ini menyertai Pelamin Fantasia untuk memenangi tajaan perkahwinan bernilai RM100,000 kerana mahu merealisasikan impian ‘perkahwinan pantai’ mereka.

Imran dan Kina menerusi akaun Instagram (IG) imran_kina bagaimanapun akur dengan keputusan juri apabila terpaksa menghentikan perjalanan mereka di Pelamin Fantasia.

Mereka telah memuat naik beberapa keping foto ketika bergelar raja sehari baru-baru ini dan telah mendapat sokongan serta kata-kata positif dari pengikut IG.


Selepas lima pasangan tersingkir dari Pelamin Fantasia, kini tinggal lima lagi bakal raja sehari yang bakal meneruskan perjalanan mereka untuk merebut gelaran juara.

Lima pasangan yang tinggal ialah Syawal dan Fiqa, Fadly dan Diyana, Azrif dan Erin, Hilas dan Asmidar serta Paan dan Ayu.

Siapa bakal memenangi tajaan pakej perkahwinan Impian bernilai RM100,000? Saksikan Pelamin Fantasia pda setiap Sabtu dan Ahad jam 9 malam. ~ Gempak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top