Dato AC Mizal Lancar Stesen TV Online Peace Yall FM

Pengacara terkenal tanah air, Dato’ Ac Mizal mengakui telah melaburkan jutaan ringgit Malaysia untuk membangunkan stesen TV berkonsepkan secara online Peace Yall FM dengan slogan iklan ‘Terbaik & Trendy’.

Walau bagaimanapun menurut Ac Mizal atau nama sebenarnya Mizal bin Zaini, jumlah sebenar pelaburan terpkasa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

 “Syukur Alhamdulilah, segala perancangan dan usaha saya tercapai untuk membina sebuah stesen TV secara online yang dibarisi oleh penyampai yang popular dan baru.

“Pelaburan yang dibuat oleh saya serta rakan kongsi amat berbaloi kerana Peaca Yall FM merupakan stesen tv radio online pertama di Malaysia.

“Pengisian program dan rancangan  juga lebih kepada yang terkini mengikut peredaran masa dan boleh berubah-ubah pada bila-bila masa sahaja,” ujar Dato’ AC.


Jelas AC Mizal lagi, beliau yakin mampu memberi saingan kepada stesen tv konvensional dan turut mengaku mempunyai pelan jangka panjang demi kepuasan pendengar dan penonton.

 “Saya dan tenaga kerja mempunyai pelbagai perancangan antaranya bakal menganjurkan Anugerah Peace Yalll FM untuk penggiat seni tanah air, siri jelajah serta hiburan berkualiti agar stesen ini terus kekal relevan.

“Pemenang anugerah itu nanti saya akan cuba memberikan hadiah saguhati berupa wang ringgit,  sebagai tanda penghargaan di atas usaha mereka membangunkan industri hiburan tempatan," ujarnya.

Peace Yall FM  bersiaran 24 jam sehari dan beroperasi sepenuhnya melalui sistem interaktif aplikasi di 'Apps Store' bagi pengguna Apple iOs atau 'Google Play Store' untuk pengguna sistem peranti Android.

Penyampai radio Peace Yall FM dibarisi barisan pelakon dan pelawak popular seperti Adlin Aman Ramlie, Joey Daud, Sobri Anuar, Emelda Rosemilda, Syuk (Balas), Acong, Fad (Bocey), Vicha dan Bochil daripada kumpulan Saywho.

Selain itu, seramai 10 penyampai baharu yang antaranya seperti Kiki, Wirda, Haili, Elfe, Aizat Ishak, Rendy Ricky, Aqinna, Elfie Azlan, Iema Haris dan Jeed Zulkifli turut mengendalikan stesen tetsebut mengikut slot masing-masing.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai stesen tv radio online ini, sila layari www.peaceyallfm.com.

Sumber: Portal Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top