Bobbi Kristina mati macam Whitney Houston

Atlanta: Anak perempuan Whitney Houston yang kini tenat di hospital dijangka dibiarkan mati selepas keluarganya bersetuju menghentikan mesin bantuan pernafasan pada detik sama ratu R&B itu menghembus nafas terakhirnya hari ini.

Difahamkan, ibu Whitney, Cissy mencadangkan detik itu ketika berbincang dengan keluarga bapa Bobbi Kristina Brown, Bobby Brown, di Hospital Universiti Emory, semalam.

Whitney ditemui mati dalam tab mandi Hotel Beverley Hilton pada 11 Februari 2012.

Sehubungan itu, media semalam melaporkan, mesin bantuan pernafasan Bobbi Kristina, 21, akan dihentikan tepat jam 12 tengah malam (waktu tempatan) - tepat dua tahun selepas kematian Whitney.


Cadangannya itu dilaporkan dipersetujui keluarga Brown kerana ia dianggap sebagai cara simbolik terbaik untuk menyatukan dua beranak berkenaan.

Bobbi Kristina diletakkan dalam koma sejak ditemui pengsan dalam tab mandi di rumahnya pada 31 Januari lalu.

Menurut sumber, dua keluarga itu bertegang urat sejak Bobbi Kristina dimasukkan ke hospital, namun difahamkan sudah berbaik selepas menerima hakikat dia tidak boleh diselamatkan lagi.

“Mereka semua bersetuju dia sudah tiada (mati otak) dan tidak dapat diselamatkan. Kedua-dua pihak memutuskan mesin bantuan pernafasan patut dihentikan,” katanya.

Sumber itu memberitahu, pengarah filem, Tyler Perry yang juga sahabat baik Whitney memainkan peranan penting mendamaikan kedua-dua keluarga berkenaan, selain sudah diminta membuat persiapan diperlukan untuk majlis pengebumian Bobbi Kristina.

Sementara itu, polis masih menyiasat kejadian berkenaan.

Bobbi Kristina ditemui tertiarap dalam tab mandi oleh teman lelakinya Nick Gordon dan seorang rakan yang menghubungi pasukan kecemasan.

Polis kini menyiasat Gordon berikutan kesan kecederaan pada muka Bobbi Kristina.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top