Penyanyi Aliff Aziz kini bercinta dengan Bella

Penyanyi yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz kini hangat bercinta bersama kakak kepada penyanyi Didi Astillah iaitu Bella Astillah.

Malah, Aliff juga mula menayangkan teman wanitanya melalui foto-foto yang dimuat naik melalui akaun Instagramnya sejak beberapa minggu yang lalu.

Melihat kepada kapsyen yang ditulis oleh Aliff di setiap foto yang muat naik bersama wanita itu menguatkan lagi bukti hubungan cinta mereka.

Selain itu, Aliff juga menyatakan rasa gembira dan syukur kerana dipertemukan bersama Bella sewaktu dia berada dalam kesusahan dan hampir berputus asa.


“Mata yang membuat aku jatuh hari demi hari. Rahmat Tuhan datang dalam berbagai cara dan walau macam mana kita cuba fahami cara Allah memberi rahmatnya takkan terjumpa jawapannya.

“Saya amat berterima kasih dengan kehadiran awak dalam hidup saya. Saat waktu hidup terasa amat menyedihkan, awak datang membawa semangat dan perasaan sayang kembali dalam hidup saya.

“Hanya Allah dapat membalas jasa awak. Saya sayang awak. #katakatahatibuatdia” tulisnya.

Foto-foto yang dikongsi oleh Aliff itu mendapat pelbagai reaksi peminat dan kebanyakkan mereka mendoakan kebahagiannya penyanyi itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top