Pelakon Ako Mustapha bakal dijatuhi hukuman pada 21 April depan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini setelah dia mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang jurusolek bukan Islam dua tahun lalu.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhamad menetapkan tarikh tersebut setelah Ako semalam mengekalkan pengakuan bersalah yang dibuat pada 22 Januari lalu, iaitu sehari selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Ako yang terkenal dengan drama Sephia didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan berhadapan hukuman denda maksimum RM3,000 atau hukuman penjara dua tahun.

Wan Mahyuddin memutuskan tarikh tersebut setelah dimaklumkan oleh peguam syarie, Zuri Zabudin Budiman yang mewakili Ako bahawa pihaknya tidak bersedia untuk membuat rayuan pada prosiding semalam.

"Saya baru dilantik hari ini. Justeru, saya mohon tarikh sebutan lain bagi menyediakan hujahan bertulis untuk meringankan hukuman," kata beliau yang turut tidak dibantah pihak pendakwa.

Pada 21 Januari lalu, Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 38, yang gagal hadir kali keempat ke mahkamah untuk mendengar pertuduhan khalwat telah dikenakan waran tangkap.

Ako memberi alasan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana pada tarikh sebutan kes itu dia masih berada di Sabah kerana baru bernikah dengan pasangannya, Kartina Shuib, 29, pada 17 Januari lalu.

Oleh WAZIHA WAHID

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top