Lirik Pemergian - Amar

Dalam sepi ada rintik,
Di ruang sempit yg hanya kian terpisah,
Menjarakkan diriku dgn kebebasan,
Teramat menyiksakan.

Dalam doa ada harap,
Di ruang waktu yg hanya sesingkat ini,
Tiada yg ku pinta selain keampunan,
Dari dosa kealpaan silam.

Tika hayatku yg berharga,
Telah tiba di penghujungnya,
Sesalan tiada bermakna.

Kerna kemewahan dunia,
Yang menipu dan memperdaya,
Memanggil ku ke tali maut yg ternganga,
Tak mengenal siapa.

Dan kini makin hamper,
Aku tiba di garis dan penghujung,
Mentari kehidupan,
Tak kan menyala lagi esok.

Di saat kau membaca,
Coretan yg terakhir,
Aku sudah tiada lagi,
Dan kini hari jadi saksi,
Pemergianku selamanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top