Lirik Lagu Tinggal Serpihan - Siti Sarah

Kalau ikutkan impian
cinta ini ku pertahankan
sampai bila-bila

Tak mahu kasih tercela
menghancurkan setiap rencana
untuk hidup bersama

Sayang hatimu berubah
ada saja jadi punca
perbesar subjek yang sezarah

Pabila bertentang mata
pasti ada yang tak kena
lalu menyalahkan aku saja

Dulu kau curah janji setia
mahu menciptakan bahagia
kala kau dusta permainkan cinta
kau kata cuma nak menduga diri ini

Di saat aku kau cinta
hanya diriku yang bertakhtah
akulah segala
aku tak diperbandingkan

Sungguh - sungguh kau pertahankan
perhubungan kita
haluan kini berbelah
kau pilih untuk berpisah

Diriku bagai tak berharga
nak dimaniskan sebutan
kau anggap takdirnya Tuhan
siapapun takkan terlawan

Hati yang luka kerana cinta
akanku cuba merawatnya
kalau dikenang masa ku
terbuang
menambahkan sakit kepala
dan hatiku

Tinggallah serpihan
lara cintaku
tiada degupan harapan
oh...oh...oh

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top