Aku ingin lekas bebas
Aku ingin bebas
Kau kata aku ingin lekas bebas
Supaya dapat melihat dunia dengan lebih jelas
Tanpa batas, bebas seperti merpati
Tanpa kau sedari
Sang helang sedang sabar menanti
Ketika kau lalai dibuai ambisi
Dilamun fantasi
Lupa menoleh kanan dan kiri
Seperti halilintar dia menyambar
Tanpa kau sedar sudah tercalar
Tak guna lagi kau meronta-ronta
Bencana sudah dating melanda
Kebebasanmu hanya sementara
Ambisimu, hanya sia-sia
Hilang dalam sekelip mata
Baru kau teringat pesan ayah dan bonda
Baru ingin bermohon doa, bertakwa
Meminta simpati, peluang sekali lagi
Mudah mudahan diberi ikhsan dan belas
Adakah kau masih lagi mahu bebas?
Di dalam meniti
Dunia kau senantiasa mencari
Mana arahnya kau tidak pasti
Hanyut dibawa mimpi
Arus duniawi
Terbang bebas bagaikan merpati
Melewati hari, usiamu kini
Esok tak kau nanti
Kau ingin keindahan dan kemewahan
Tanpa kau akur akan kewujudan
Perderitaan kesengsaraan
Kau inginkan benang emas
Untuk dijadikan songket nadirat
Tanpa kau sedar asal benang dari ulat
Kau inginkan segala yang kau impikan
Menjadi kenyataan
Bebas dari khayalan
Bebas dari igauan
Tanpa kau sedar semuanya permainan
Duniawi, penuh onak dan duri
Tak aka nada suka tanpa duka
Tak aka nada bahagia tanpa sengsara
Ingat sebelum kena
Berhenti hati sebelum jadi
Ramai yang dah terkena
Banyak yang dah terjadi
Fantasi, reality dan tragedi
Jangan sampai berulang lagi
Bila merpati tak terbang lagi di atas
Masihkah kau lagi mahu bebas
Sambutlah tanganku ini
Genggam erat agar tak terlepas lagi
Kebebasan yang menghantui diri
Oh tak rela aku ingat lagi
Jangan biar ku sendiri
Bebas – biar berbatas, kembali ke asas
Bebas – beringat-ingat, takkan terjerat
Bebas – bijak menilai, takkan tergadai
Bebas – janganlah alpa, janganlah lupa
Ambilah iktibar, segala yang terjadi
Jadi pengajaran, pengalaman diri
Bila fantasi menhadi reality
Janganlah sampai menjadi tragedi
0 ulasan:
Catat Ulasan