Fynn dan Aqasen akhirnya terpaksa akur dengan keputusan undian apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada konsert ke-4 Keynote (KN) yang dipancarkan Astro Ria (saluran 104) 10 malam, Rabu lalu.

Pengalaman Fynn atau nama sebenarnya, Nur Affina Yanti Jamalludin, 28, sebagai pensyarah dan penulis lagu-lagu puisi bagaimamapun tidak mampu membantunya untuk menghasilkan karya yang baik bertemakan Malam Pesta Ria.

Namun, tidak pula bagi peserta dari Tambunan Sabah, Robson Andreas@Syahirul Aqasha,22 atau Aqasen yang berkerja sebagai pemuzik bebas. Sungguhpun Aqasen berjaya meraih lagu terbaik menerusi lagu Hulur Tanganmu yang dinyanyikan Ayu OIAM, dia masih lagi tidak mampu bertahan untuk ke peringkat akhir minggu depan.

Hakikatnya, sebelum berlangsungnya konsert ke-4 KN, Dekan KN iaitu Ajai sering tidak puas hati dan mengkritik pedas setiap demo lagu yang dihasilkan peserta KN.

“Minggu ke 4 ini memang tugasan yang agak berat, tapi bagus untuk pembelajaran komposer muda KN. Dengan tugasan mencabar, barulah mereka tahu dan dapat belajar serta memahaminya dengan lebih cepat. Saya harap, komen-komen yang diberikan juri pada malam ini, dapat diaplikasikan peserta pada masa akan datang,” ujar Ajai.

Majoriti juri jemputan pada malam itu, Dato’ Freddie Fernandez, Ramli MS dan Aidit Alfian bersependapat bahawa kesemua peserta tidak memahami konsep yang diberikan dan disebabkan itulah, ciptaan melodi agak lemah, klise dan ada juga yang mengambil langkah selamat dalam mengeluarkan melodi.

Bagaimanapun, seorang lagi peserta KN, Raja Nazrin Shah Raja Azaham,20 atau Nazrin telah mendapat pujian daripada Freddie kerana berjaya mencipta lagu berentak Agogo yang sedap didengar walaupun Nazrin tidak mengenali genre muzik tersebut secara mendalam.

Selain berjaya memperkenalkan irama lama yang dihasilkan komposer baru, konsert minggu ini sewajarnya dipuji apabila berjaya menggabungkan artis veteran dan baru dalam mendendangkan irama yang pernah menjadi kegilaan peminat seni muzik tempatan.
Antara artis veteran yang telah terlibat menjayakan konsert ke-4 KN iaitu Dato’ Jeffreydin, Othman Hamzah dan Halil Chik.

Konsert akhir KN bakal bersiaran pada 28 Julai ini (Rabu) akan menampilkan 7 peserta finalis iaitu Faan, Nomad, Keroz, Nero, Nazrin, Khoo dan satu-satunya komposer wanita, Rina.

Peminat KN dijemput menyaksikan siaran rakaman KN pada 27 Julai ini (Selasa), jam 8 malam bertempat di Hall of Fame, Universiti Lim Kok Wing Cyberjaya. Masuk adalah percuma.

Konsert akhir KN bakal menyaksikan saingan sengit 7 finalis yang membariskan penyanyi seperti Zainal Abidin, Misha Omar, Hattan, Tam Spider, One Nation Emcee, Alyah, Noryn Aziz, Vince dan Soo Wincci.

Siapakah komposer yang anda sokong? Jangan lupa saksikan konsert KN dan teruslah mengundi komposer pilihan anda.

Berikut adalah lagu minggu ke-4 KN:

1. Lagu : Ubah


Komposer : Rina


Lirik : Muzaffar Mustafa


Penyanyi : Bob


2. Lagu : Kerja Baru


Komposer : Khoo


Lirik: Muzaffar Mustafa


Penyanyi : Candy AF5 dan Khoo


3. Lagu : Diskoria


Komposer: Keroz


Lirik: Farihad


Penyanyi : Noryn Aziz


4. Lagu: Hey Ho…


Komposer: Fynn


Lirik: Ad Samad


Penyanyi : Halil Chik


5. Lagu : Hulur Tanganmu


Komposer : Aqasen


Lirik: Muzaffar Mustafa


Penyanyi: Ayu OIAM


6. Lagu : Rindu Menari


Komposer : Faan


Lirik : Farihad


Penyanyi : Dina


7. Lagu: Sebenar Meluka Siapa


Komposer : Nero


Lirik: Ad Samad


Penyanyi : Azaharina


8. Lagu : Kompleksiti


Komposer : Nomad


Lirik: Ad Samad


Penyanyi: Othman Hamzah


9. Lagu : Malam Pesta Ria


Komposer : Nazrin


Lirik: Farihad


Penyanyi: Dato Jeffreydin


Keputusan undian minggu ini:


1.Khoo 15.6%


2. Rina 13.8%


3. Faan 12.1%


4. Keroz 11.5%


5. Nero 10.8 %


6. Nazrin 10.8 %


7. Nomad 10.5%


8. Fynn 9.8 %


9. Aqasen 4.9 %

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top