Pasangan ini mendapat undian terendah iaitu 29.06% diikuti pasangan Jaya-Shoba yang mendapat undian sebanyak 32.45%.
"Kami memang sedih. Namun, kami gembira kerana menjadi pasangan pertama tersingkir untuk program yang pertama kali di siarkan di Astro Ria. Kami lebih gembira apabila diberi peluang menyertai program sebegini.
"Kalau bukan kerana peluang ini, saya takkan dapat belajar menari walaupun sebagai jurukamera selalu juga saya berpeluang mengikuti joget lambak. Tapi saya tak boleh menari disebabkan terikat dengan komitmen kerja," kata Shai.
Dalam pada itu, Shai menafikan tohmahan segelintir penonton yang mendakwa bahawa isterinyaadalah punca persembahan mereka kurang mendapat perhatian.
"Itu tidak boleh dijadikan faktor kami tersingkir. Saya pun tahu isteri saya tidak pandai menari. Dia seorang yang pemalu dan agar sukar untuk kita menukar kebiasaan orang dalam masa sekelip mata," ujar Shai.
Menyokong pendapat suaminya, Rafidah menjelaskan penyertaan mereka demi menaikkan lagi perniagaan mereka yang masih baru lagi.
"Saya setuju menyertai MM adalah keranas atas tujuan perniagaan. Saya menganggap bahawa MM secara tidak langsung boleh membantu perniagaan saya yang masih lagi baru bertapak.
"Terus-terang, saya memang seorang yang pemalu. Untuk berada di depan kamera, saya malu dan bertambah tertekan. Namun, MM membuatkan kami lebih rapat dan lebih mengenali hati masing-masing memandangkan kami baru saja 10 bulan menempuh alam rumah tangga," jelas Rafidah.
Sementara itu, pasangan yang berada di tiga teratas pada minggu lalu iaitu pasangan Raziff-Alia terus unggul dengan berada di tangga pertama apabila mengumpul peratus undian sebanyak 51.6%.
"Saya pun tak sangka mendapat keputusan ini. Terus-terang, kami tidak pula berniat untuk sentiasa berada di atas. Kami sertai MM hanyalah untuk menunjukkan yang terbaik dan demi untuk tidak mengecewakan harapan keluarga kami yang menyokong kami 100%," kata mereka.
"Memang kami rasa tertekan bila mendapat sambutan begini. Namun, atas tunjuk ajar Lisdawati selaku penasihat kami, akhirnya kami dapat mengatasinya sedikit demi sedikit," kata Raziff.
Dengan penyingkiran pasangan Shai-Rafidah, tinggal lagi 11 pasangan yang akan beradu nasib pada minggu ketiga iaitu pasangan Raziff, pasangan Rosdi, pasangan Ariz, pasangan Nita, pasangan Zul, pasangan Fahmi, pasangan Yat, pasangan Masri, pasangan Zarin, pasangan Dita dan pasangan Jaya.
Berikut adalah keputusan undian minggu ini.
1.MM Raziff-51.6%
2.MM Ariz-49.5%
3.MM Rosdi-44.7%
4.MM Nita-44.37%
5.MM Zul-42.95%
6.MM Fahmi-42.41%
7.MM Yat-37.69%
8.MM Masri-37.11%
9.MM Zarin-35.41%
10. MM Dita-34.97%
11. MM Jaya- 32.45%
12. MM Shai-29.06%
Jejaki langkah mereka di www.astro.com.my/marimenari , http://www.astro.com.my/marimenari, www.facebook.com/marimenari, http://www.facebook.com/marimenari, www.twitter.com/marimenari, http://www.twitter.com/marimenari
Astro Mobile TV
1. Hantar SMS dengan taip ON MM ke 26000 untuk menerima WAP Link secara percuma..
2. Klik pada link yang tertera untuk memasuki portal tersebut. Caj akan dikenakan pada harga RM1.50/seminggu atau RM5/sebulan. Pengguna boleh terus menontonnya selepas melanggan.
3. Masukan AMTV Mobile branding dan tiada caj dikenakan.
4. Perkhidmatan ini hanya untuk pelanggan Maxis saja.
Foto Album (Bermula pada 1 November 2010)
Abadikan foto Mari Menari melalui Album Mari Menari
Taip: MMALBUM dan hantar ke 32323 (RM3.50)
~ Murai
0 ulasan:
Catat Ulasan