Selepas tiga bulan Gadis Melayu musim ketiga bersiaran, malam kemuncaknya yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, Jumaat menjadi milik Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, selepas diumumkan sebagai juara.



Dengan kemenangan tersebut, gadis berasal dari Subang Jaya, Selangor itu berjaya membawa pulang hadiah berjumlah RM160,000 berupa wang tunai RM30,000, set mutiara Rafflesia RM120,000, barangan jenama Singer RM10,000, trofi Sirih Junjung Gadis Melayu sumbangan ZRA Glocal dan jambangan bunga dari Creative Creative Gift.

Sementara Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, mendapat gelaran naib juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, barangan Singer bernilai RM7,000 dan jambangan bunga.
Rina turut menerima hadiah barangan Singer berjumlah RM10,000.

Tempat ketiga dimenangi oleh Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, yang memenangi wang tunai RM1,000, barangan Singer RM5,000 dan jambangan bunga.

Program realiti yang turut disiarkan di TV9 itu buat pertama kalinya menampilkan sembilan finalis dalam pertandingan akhir itu.

Enam finalis yang lain iaitu Afiqah Hazwani, Md Nordin (Afiqah),18, Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie),20, Siti Nur Afiqah Abdullah (Siti),21, Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah),21, dan Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura),24, turut membawa hadiah sagu hati.

Afiqah dan Siti, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, barangan Singer RM1,000 dan jambangan bunga manakala Mimie, Hidayah, Zakiah dan Mastura mendapat wang tunai RM500, barangan Singer RM700 dan jambangan bunga setiap seorang.
Rina (kiri) bersama-sama lapan finalis lain yang bertanding dalam Gadis Melayu 3.

Keputusan ditentukan berdasarkan 50 peratus markah daripada penjurian awal yang diukur melalui kepintaran, penampilan dan cara berkomunikasi.

Pada malam kemuncak pula 30 peratus markah adalah melalui persembahan masing-masing.

Barisan juri pada pada malam kemuncak adalah pengacara Ezzah Aziz Fawzy (ketua juri), penerbit dan pengarah Ahmad Idham, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sheikh Shukor Al-Masrie, Timbalan Pengarang Unreserved, The Malaysian Reserved, Sharifah Suraya Al-Attas dan bekas pengacara TV3, Datin Seri Normala Samsudin.

Persembahan yang dilakukan oleh para finalis turut dibantu oleh beberapa artis terkenal tanah air seperti Razali Hussain, Mia Sara, Kamal Adli, Ery Putra dan Ana Raffali.

Program ini dhoskan oleh Ashraf Muslim dan Sharifah Shahira.

Peringkat akhir Gadis Melayu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top