Filem Bunohan telah tersenarai ke pencalonan awal kategori Filem Bahasa Asing di Anugerah Academy Ke-85 yang bakal berlangsung pada tahun hadapan. filem aksi arahan Dain said ini merupakan antara 71 buah filem terbaik yang akan bersaing untuk merebut gelaran anugerah berprestij tersebut.

Dain Said secara dasarnya berasa lega apabila filem Bunohan telah berjaya memenuhi piawaian-piawaian yang telah di tetapkan oleh pihak Oscar untuk bertanding dalam kategori Filem Bahasa Asing di Anugerah Academy ke-85.

Filem Bunohan

Bercakap bagi pihak Din, Nandita Salomon yang juga seorang penerbit berkata pihaknya memanjatkan syukur dengan penghargaan yang telah diterima melalui projek filem cereka pertama dari Dain sendiri yang telah ditayangkan  pada tahun lalu.

Menurut Nandita lagi, berita gembira ini secara kebetulan seiring dengan kejayaan pengarah fotografi Bunohan, Jarin Pengpanich yang telah tersenarai dalam pencalonan kategori Achievement in Cinematography di Asia Pacific Screen Awards in Australia. Nandira dan Dain kini sedang dalam usaha untuk meraih projek Apparat iaitu sebuah projek Interchange di Asian Project Market di Busan International Film Festival.
Secara ringkasan, Bunohan yang diarahkan oleh Dain Said mengisahkan tiga beradik yang terasing terasing iaitu  Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil 'Bunga Lalang' peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham.

Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke Bunohan dan Kehadiran mereka bertiga di kampung telah mengbangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebgai ayah kepada mereka bertiga. Setiap mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditelenggami dengan kebencian yang membawa kehilangan jiwa , pengkhianatan tidak kesudahan dan pemBUNOHAN.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top