Rezeki Yatt Hamzah semakin murah sejak berhijab. Selain Yatt terlibat dengan pengambaran drama dan telefilem,Yatt juga sibuk dengan pelbagai forum dan ceramah yang menjemputnya untuk berkongsi pengalaman selepas penghijrahannya.

“Saya juga turut melibatkan diri dalam Pergerakan Usrah Fitrah di mana ia merupakan kumpulan yang mengabungkan pengiat-pengiat seni terutamanya artis, pelakon dan pengacara untuk bersama-sama belajar ilmu agama.

Yatt Hamzah


“Antara yang menyertai kumpulan pengerakkan ini ialah Irma Hasmie dimana dia merupakan pencetus idea kepada pergerakkan ini, Diana Amir, Heliza Helmi, Farah Asyikin, Natasha Hudson, Enot, Noryn Aziz, Iqram Dinzly, Zoey Rahman, personaliti TV3, Teh Syuhaida dan Fiza Sabjahan,” kata Yatt.

Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 32, juga menyatakan bahawa Heliza merupakan saingannya di dalam kelas agama yang dihadiri kumpulan itu kerana mereka berdua sentiasa aktif mengajukan pelbagai soalan berkaitan keagamaan kepada tenaga pengajar mereka.

“Saya rasa bertanyakan soalan itu merupakan tanda positif bahawa kami faham dan cintakan ilmu yang dipelajari  selain aktiviti dalam kelas sangat menarik di mana kami sentiasa berzikir sebelum memulakan kelas serta menyanyikan lagu ketuhanan beramai-ramai,” katanya.

Yatt turut menambah, Usrah Fitrah turut mendapat pelbagai undangan daripada pihak penganjur untuk menjayakan program yang dianjurkan mereka.

“Sebagai contoh, bulan November ini kami (Usrah Fitrah) akan terlibat dengan Festival Hijab yang akan dijayakan bersama-sama selebriti yang lain,” katanya.

Yatt mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Abdul Shukor pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Suci Hanania Malika, dua tahun.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top