Aktres Melissa Saila sudah rasmi mengenakan hijab (bertudung)

Kali terakhir penampilan Melissa Saila,40, secara tidak bertudung adalah menerusi iklan krim parut, Mederma.

Anak pertama Melissa iaitu Noor Megat Fauzi Shukarnain, 8, juga berlakon bersamanya dalam iklan tersebut.

Mengenakan hijab sejak bulan Jun yang lalu, Melissa mengakui perkara itu perlu dilakukannya kerana faktor umurnya yang semakin meningkat.

Melissa mengenakan hijab sejak bulan enam yang lalu. Sebenarnya Melissa mahu mula pakai tudung pada bulan Ramadan lepas, tetapi tiba-tiba Allah buka pintu hati terlebih awal.

Selain sibuk mengarah, Melissa  juga sibuk menguruskan anak-anak. Jika dulu Melissa mempunyai pembantu rumah tetapi sejak lima bulan lalu Melissa sendiri yang menjaga ketiga-tiga anak iaitu Noor, 8, Zain, 6 dan Zahra, 3.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top